Friday, 27 July 2012

NUFC '12: Tawaran NU adalah satu kejutan - Gael Bigirimana


Gael Bigirimana memberitahu dia terkejut apabila mengetahui Newcastle United berminat mendapatkannya sebelum dia menyertai kelab Liga Perdana Inggeris tersebut.


Pemain tengah berusia 18-yahun itu menarik perhatian ketika beraksi di Liga Championship bersama Conventry City pada musim lepas, dan menandatangani perjanjian 5-tahun bersama Magpies pada bulan ini.


"Apabila saya mendapat tahu mereka berminat, ia merupakan satu kejutan," Bigirimana memberitahu BBC Newcastle.


"Saya terpilih untuk berada di sini di Newcastle dan berterima kasih dengan kelab ini."


Bigirimana, lahir di Burundi, tiba di England bersama keluarganya pada tahun 2004 dan diambil menyertai Coventry selepas dia menemui kelab itu untuk percubaan ketika berusia 12 tahun.


Dia berjaya menembusi akademi kelab dan beraksi untuk 28 perlawanan bersama Sky Blues. Dia juga dianugerahkan "Football League's Apprentice of the Year".


Dia berterima kasih kepada kelab itu yang memberinya peluang beraksi sebagai pemain bolasepak profesional.


"I hormati Coventry, tetapi menyertai Newcastle adalah sesuatu yang sesuai dalam pengembaraan saya (sebagai pemain bola)," tambah Bigirimana.


"Coventry seperti keluarga saya - kelab, bandar, ia keluarga yang besar. Ia mempunyai tempat istimewa di hati saya."


Sumber: www.bbc.co.uk

No comments: