Monday 16 April 2012

Kedah FA 2012: Vedran Gerc sertai Kedah FA

Vedran Gerc
Pemain Croatia, Vedran Gerc merupakan pemain import terkini yang dibawa masuk oleh Kedah.

Pengambilan ini bertujuan menguatkan barisan serangan skuad Hijau Kuning dalam mengharungi Liga Super Malaysia 2011-12.

Pemain berusia 26-tahun itu menggantikan pemain Ghana, Hamidan Mohammed yang dipecat berikutan kekalahan 0-2 kepada Sarawak, Jumaat lepas.

Gerc akan terus digandingkan dengan Mohd Khyril Muhymeen Zambri dalam perlawanan Liga Super menentang Sarawak di Stadium Negeri, Kuching malam esok.

Datuk Khazali Din, pengurus pasukan Kedah memaklumkan bahwa Gerc menandatangani kontrak 1 tahun bersama Persatuan Bolasepak Kedah, dua hari lalu.


"Kita sibuk menyalahkan pemain import, sibuk menukar pemain import apabila pasukan tidak beraksi baik. Namun seorang dua pemain takkan dapat membentuk 1 pasukan yang baik. Robin van Persie pun tak boleh jaringkan gol kalau tiada siapa hantar bola kepada dia. Tidakkah pengurusan Kedah FA sedar yang corak permainan pasukan sangat teruk berbanding zaman Azraai Khor? Hantaran yang tak sampai, pertahanan lemah dan serangan tak tersusun. Kenapa pemain import yang kita sasarkan?"

No comments: