Sunday 29 April 2012

NUFC 2012: Wigan 4-0 Newcastle, Pemain kelahiran Sarawak bantu Wigan benam Newcastle!

Terkedu.
Itu sahaja yang atok mampu lakukan. Mata terpaku di kaca televisyen sambil berulang-kali memujuk diri.


Conor Sammon (Wigan) cuba melepasi penjaga gol Newcastle, Tim Krul.
Papiss Cisse kecewa setelah gagal menjaringkan gol.


1-0 : "Alah, gol nasib je tu, sekejap lagi mesti dapat balas punya"


2-0 : "Woi, macam mana boleh bolos lagi ni? Tak mengapa, 2-0 tahap English Premier League masih boleh kejar lagi. Tunggu Ben Arfa, Cabaye dan Cisse panas dulu."


3-0 : "Huh.. Tak mengapa, Liverpool selalu boleh kejar kalau 3-0 ni."


4-0 : "Adios. Tak mengapa, musim lepas kita boleh seri 4-4 dengan Arsenal walaupun ketinggalan 4-0."


Namun itu semua sekadar bujukan hati. Akhirnya Newcastle tumpas 4-0.


Walaupun kekalahan ini besar, namun ia masih tidak memadamkan kegembiraan Toon Army setelah disahkan berjaya menyertai perlawanan peringkat Eropah musim depan. Cuma sedikit kecewa setelah dilabel sebagai pasti-menang dalam perlawanan ini.


Tidak terbayang. Tidak terfikir. Tidak tahu apa yang terjadi.


Bagaimana Newcastle boleh tewas sebegitu rupa?


Mengikut perhatian atok, kata kuncinya ialah "outnumbered". Dalam Bahasa Malaysianya mungkin "dibayangi"?


Kekalahan ini agak serupa dengan kekalahan besar kepada Fulham musim ini, di mana pihak lawan kelihatan menguasai padang, bertahan baik dan menyerang balas dengan berkesan.


Pemain Wigan kelihatan sentiasa cergas, bersemangat dan berada di segenap ruang padang. Apabila mereka bertahan, mereka ramai di bahagian pertahanan. 


Dan apabila menyerang balas, mereka turut beramai-ramai memenuhi kawasan penalti Newcastle. Malangnya pertahanan Newcastle sendiri, kelihatan lompong, hanya tinggal 2 pemain.


Atau mungkin juga Davide Santon tidak biasa berada di sebelah kanan menyebabkan pertahanan kanan sering dibolosi.


Hatem Ben Arfa juga seolah bukan siapa-siapa pada mereka, mereka tidak mengawal dia, sebaliknya mereka mengawal semua pemain Newcastle!


Apabila seorang pemain Newcastle mengawal bola, 3 pemain Wigan menghampirinya, malahan pemain2 Newcastle yang berdekata, yang dijangkakan menjadi sasaran hantaran bola seterusnya, turut mereka kawal.


Akhirnya kelihatan Newcastle buntu idea, tidak dapat menembusi tengah padang, malahan serangan melalui kedua2 belah sayap juga tidak menjadi.


Syabas buat Wigan.


Gol-gol Wigan dijaringkan oleh Victor Moses, Shaun Maloney dan Franco di Santo.


"Rupa2nya Shaun Maloney ni kelahiran Sarawak! Jika selalu kita banggakan sangat pemain kelahiran Liverpool (seolah-olah lahir di Liverpool tu macam dah menang puluhan trofi dijajanya), maka orang Sarawak patut berbangga dengan Shaun Maloney ni. Semangat Ngap Sayot, patut dinugerahkan pingat Datuk ni, hehe."





No comments: