Sunday, 29 April 2012

Harimau Malaya 2012: Malaysia 6-0 Sri Lanka (persahabatan)


Ahmad Hazwan bintangi kemenangan


Penampilan Ahmad Hazwan telah mendatangkan hasil dengan jaringan hatrik beliau dalam kemenangan 6-0 ke atas Sri Lanka di Stadium Shah Alam.


Penyerang Harimau Muda A yang penuh berbakat ini telah menggantikan tempat Safee Sali pada minit ke 70 dalam separuh masa kedua dan tidak membuang masa dengan usaha memburu gol.


Ia juga agak bermakna apabila pemain yang dikatakan "akan menjadi lebih baik dari Safee Sali" oleh jurulatihnya Ong Kim Swee telah mengambil tempat idola Malaysia itu.


"Saya amat gembira dapat menjaringkan hatrik dalam penampilan sebagai pemain gantian." Hazwan memberitahu wartawan selepas perlawanan dengan pasukan lawan yang berada di tempat 181 kedudukan FIFA.


"Walaubagaimanapun saya masih mempunyai perjalanan yang jauh lagi kerana ia belum memastikan yang saya akan dipilih untuk pasukan utama." Hazwan menambah.


Dalam perlawanan yang berat sebelah itu, seorang lagi pemain Harimau Muda, Wan Zack Haikal telah membuka tirai dengan gol antarabangsa pertama beliau apabila menerima bola dari ketua pasukan Safiq Rahim pada minit ke-25 dan merembat masuk bola.


Ini hanya penampilan kedua Wan Zack, dan dia telah mendapatkan 1 gol lagi beberapa minit kemudian walaupun cuba dibantah beberapa pemain Sri Lanka dengan alasan offsaid.


Hazwan kemudian menjaringkan gol pada minit ke-70 dan 82 sebelum pemain Pahang, Azamuddin Akil mendapat gol antarabangsa pertama beliau melalui percubaan pada minit ke-84.


Hazwan menjaringkan hatrik pada masa kecederaan dengan tandukan untuk mengakhiri kemenangan terbesar Malaysia sejak kemenangan 5-0 ke atas Lesotho pada tahun 2009.

No comments: