Monday 23 April 2012

NUFC 2012: Bolton Wanderers berminat mendapatkan Aidy White.

Pemain tengah Leeds United, Aidy White dikatakan sedang diintai Bolton Wanderers. 

Owen Coyle khabarnya berminat mendapatkan pemain antarabangsa Republik Ireland itu sekaligus sedia bersaing dengan Newcastle dalam pasaran perpindahan pemain.

White setakat ini masih belum menandatangani kontrak £10,000-seminggu yang baru ditawarkan Leeds United.

Dia telah berbincang buat kali kedua mengenai kontrak barunya, setelah menolaknya pada Krismas tahun lepas.

Pengurus Leeds United, Neil Warnock mengesahkan Aidy akan memberi keputusannya minggu depan.

No comments: