![]() |
Cabaye |
Fokus kali ini tertumpu kepada Cabaye yang telah menyumbat 2 gol, menepati jangkaan peminat terhadapnya.
Ini adalah satu lagi perlawanan yang menunjukkan perubahan taktikal Newcastle yang sebelum ini meletakkan pemain tengah jauh di bawah dan hanya mengharapkan penyerang menyumbat gol.
Situasi di mana pemain tengah menyumbat gol adalah jarang berlaku di Newcastle apabila dibandingkan dengan kelab EPL yang lain. Seringkali NU kehilangan bola begitu sahaja apabila berlaku situasi bola tumpah contohnya. Kali ini tidak, terutama apabila Cabaye hadir di depan gol untuk menanduk bola yang sebelum itu terkena palang. Jika NU masih mengamalkan prinsip pemain tengah bertahan jauh ke bawah sebelum ini, sudah tentu gol itu takkan terhasil.
Ben Arfa sekali lagi beraksi cemerlang dan kehadirannya membantu mengurangkan fokus pertahanan lawan kepada pemain2 Newcastle yang lain. Masakan tidak, 3 orang diperlukan cuma untuk mengawal Ben Arfa.
Cisse, terus menjaringkan gol dan ternyata dia bijak membaca permainan terutama ketika menyambut bola hantaran Cabaye.
Demba Ba, mungkin posisi dia agak ke bawah dan tampak kurang sesuai apabila dia sering kehilangan bola.
Gutierrez bertahan agak ke bawah, sehingga atok pun tak pasti sama ada dia ini Left-Midfielder atau Left-Back ?
Santon pula beraksi agak baik terutama hantaran silangnya ke kawasan gawang lawan. Mungkin dia ini lebih sesuai sebagai Sayap-Kiri ?
Atok berpuas hati, walaupun terlelap ketika gol ke-3, penangan jungle trakking ke Lubuk Tedung di sebelah petangnya.
No comments:
Post a Comment