Wednesday, 4 April 2012

NUFC 2012: Hatem Ben Arfa gembirakan Alan Pardew.


Pemain tengah Perancis ini kini menjadi buah mulut, sumber inspirasi Toon Army.

Mana tidaknya, kemahiran & kebijaksanaan yang dipamerkan setakat ini telah menjana 1 aspek penting permainan yang selama ini tidak kelihatan pada Newcastle, iaitu kreativiti.

Hatem mengalami detik sukar, akibat kecederaan yang membelenggunya ketika dia masih dalam tempoh pinjaman.

Musim ini sahaja, dia kurang beraksi dalam pasukan utama. Kemudian setelah dia mula bermain, persembahannya hanya biasa2 sahaja, ditenggelami oleh permainan Tiote dan Cabaye. Suara2 sumbang mula mengutuk aksinya, dan melabelkan permainannya sebagai "kreativiti bodoh Perancis". Lebih2 lagi ketika itu Newcastle tidak menang dalam sebarang perlawanan.

Akhir2 ini sahaja, apabila dia mula membantu barisan penyerang & turut menjaringkan gol, diikuti aksi menarik individunya ketika menentang Bolton, namanya tetiba sahaja melonjak. Mana hilangnya suara kutukan ke atas dia sebelum ini?

Namun, Ben Arfa mungkin masih belum terjamin tempatnya dalam skuad utama. Ini dapat dilihat daripada kata2 Alan Pardew: "Saya gembira dengan persembahan Hatem. Dia terpaksa menurut arahan, dan bersabar."

"Saya sedang merancang sesuatu untuknya. Dia tahu tanggungjawabnya dalam pasukan ini. Sekali dia melaksanakannya, dia lakukan dengan cemerlang. Itu yang sedang dilakukannya." tambahnya lagi, mungkin untuk menjelaskan bahawa sukar dia menafikan kehadiran Ben Arfa dalam skuad utama.

"Dia mempunya kebolehan yang mengkagumkan. Dia sepatutnya gembira dengan dirinya.", kata Pardew lagi (mungkin memujuk Ben Arfa supaya tidak kecewa jika tidak dimasukkan dalam skuad utama).

Setakat ini, Ben Arfa menjaringkan 4 gol dalam 19 penampilan bersama Magpies musim ini.

No comments: