Monday, 30 July 2012

Kedah FA' 12: Ambil jurulatih Croatia ganti Wan Jamak


ALOR SETAR, 30 Julai (Bernama) — Kedah akan mendapatkan khidmat jurulatih dari Croatia untuk menggantikan Wan Jamak Wan Hassan bagi menghadapi saingan Piala Malaysia yang bermula pertengahan bulan depan.



Pengurus pasukan Datuk Khazali Din bagaimanpun enggan mendedahkan nama jurulatih tersebut buat masa ini.


Menurutnya, perkara itu masih di peringkat perbincangan antara Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) dengan jurulatih tersebut yang dijangka berada di Alor Setar bulan depan.


“Kita akan umumkan nama jurulatih tersebut selepas persetujuan antara kedua-dua pihak dicapai,” katanya ketika dihubungi Bernama.


Khazali berkata jurulatih itu pernah mengendalikan beberapa pasukan ternama di Croatia.


– BERNAMA

No comments: