Wednesday, 25 July 2012

NUFC '12: Yakin miliki Andy Carroll tanpa perlu membayar yuran perpindahan £20juta kepada Liverpool

Newcastle tidak bersedia memenuhi yuran perpindahan £20-juta yang diletakkan Liverpool, namun yakin mempunyai peluang baik untuk memiliki Andy Carroll.



Liverpool sudah tentu tidak bersedia melepaskan penyerang itu kembali ke pangkuan Toon setelah membayar harga £35-juta untuk memilikinya, namun Andy Carroll telah menyatakan dia mahu ke Newcastle jika dilepaskan pada musim panas nanti.


West Ham United juga berminat dengan pemain itu. Andy Carroll berkongsi ejen yang sama dengan bos West Ham, Harry Redknap dan kapten The Hammer, Kevin Nolan - dan West Ham berharap fakta itu akan membantu mereka memiliki penyerang antarabangsa England itu.


Newcastle pula bertegas tawaran mereka untuk meminjam pemain itu sepanjang musim dengan klausa pembelian £13-juta merupakan harga yang terbaik - untuk seorang pemain yang mahu kembali ke sisi mereka. Pendirian ini dikuatkan lagi dengan kenyataan umum pengurus Liverpool, Brendan Rodgers untuk menyisihkan Carroll, yang ternyata melemahkan kedudukan Liverpool dalam rundingan penjualan pemain itu.


Tiada sebarang perkembangan semenjak Newcastle mengemukakan tawaran itu pada 2 minggu lepas. Tawaran itu pada dasarnya dilihat untuk mencelarukan Carroll dengan peluang kembali ke Newcastle.


Carroll akan menyertai jelajah pra-musim Liverpool di Amerika Syarikat pada minggu ini. Newcastle akan melihat perkembangannya pada jelajah pra-musim sebelum meneruskan langkah mengikat pemain itu.



No comments: