Wednesday, 9 May 2012

Kedah FA 2012: Kedah 1-1 T-Team

Kedah FA hanya mampu seri 1-1 dengan kelab T-Team dalam perlawanan Liga Super Malaysia malam semalam di Stadium Darul Aman.
  • Kedah memulakan perlawanan dengan kesebelasan utama biasa mereka kecuali Thirumurugan yang menggantikan Azmizi Azmi manakala penyerang utama T-Team, Zairo Anuar Zailani tidak beraksi.
  • Perlawanan bermula lembab apabila kedua-dua pasukan gagal menguasai permainan dan penyerang-penyerang gagal membuat ancaman akibat hantaran-hantaran yang mengecewakan.
  • Percubaan pemain tengah Kedah, Abdulfatah Safi tersasar apabila mendapat ruang di dalam kota penalti, dan pemain T-Team, Marco Tulio membazirkan peluang baik apabila rembatan beliau juga tersasar dari jarak dekat.
  • Penjaga gawang Kedah, Helmi Eliza kemudian bertindak cemerlang menghalang percubaan daripada Khairul Izwan dan Tengku Hasbullah. 
  • Separuh masa pertama berakhir tanpa jaringan dan kelihatan seperti perlawanan juga akan berakhir sebegitu.
  • Walaubagaimanapun, dua minit selepas masa rehat Kedah menjaringkan gol pembukaan. Pemain import berasal dari Croatia, Vedran Gerc menjaringkan gol dengan tenang melepasi Syamsuri Mustafa setelah menerima hantaran daripada Safi.
  • Mereka hampir-hampir menjaringkan gol kedua lima minit kemudian tetapi Syamsuri membuat halangan yang hebat untuk menyelematkan usaha Khyril Muhymeen.
  • Tidak lama kemudain, T-Team menjaringkan gol penyamaan apabila Mohd Fadzli Shaari melepasi dua pemain Kedah untuk menanduk masuk hantaran Azrul Hazran.
  • Kedah dan T-Team mula meningkatkan tekanan untuk mencari gol kemenangan tetapi sekali lagi hantaran-hantaran dan pergerakan kedua-dua pasukan mengecewakan.
  • Kelihatan seperti Thirumurugan berjaya menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan tetapi pengadil Mohd Rahmat Jantan membatalkan jaringan beliau akibat kasaran.
  • Para peminat dan pemain Kedah membantah keputusan pengadil tetapi beliau tidak menghiraukan rayuan mereka. 
  • Perlawanan akhir dengan keputusan seri.

No comments: