Wednesday, 9 May 2012

Kedah FA '12: Moral rendah selepas kalah Semi-Final Piala FA


Alasan bodoh! Sepatutnya selepas tewas, semakin bersemangat untuk membalas kepercayaan penyokong. Kesilapan lalu sepatutnya menjadi pengajaran, sebaliknya alasan sama diulang-ulang.


  • Kekalahan kepada Kelantan pada saingan separuh akhir Piala FA minggu lepas masih membayangi pemain-pemain Kedah yang menyebabkan pasukan itu gagal mengutip tiga mata penuh apabila sekadar seri 1-1 dengan T-Team dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman di sini, Selasa malam.
  • Jurulatih Kedah, Wan Jamak Wan Hassan berkata moral pemainnya begitu rendah dan sedikit terganggu kerana masih dibayangi kekecewaan tumpas kepada Kelantan pada saingan Piala FA di hadapan ribuan penyokong mereka 1 Mei lepas.
  • ” Sudah tentu saya mahukan 3 mata penuh pada malam ini (tadi) dan pemain telah lakukan yang terbaik namun gagal untuk dapatkan mata berharga itu di laman sendiri.
  • ” Kita akan berusaha pada perlawanan akan datang untuk mendapatkan tiga mata penuh,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan itu.
  • Wan Jamak berkata kelekaan dan kesilapan pertahanan Kedah sekali lagi menjadi punca pasukannya gagal untuk memperoleh tiga mata penuh bagi memperbaiki kedudukan dalam liga.

No comments: