Wednesday, 9 May 2012

NUFC 2012: Tindakan seterusnya

Tahniah buat Newcastle United yang telah menjamin tempat untuk bermain di Eropah pada musim depan.


Pencapaian ini amat memberansangkan & mengejutkan banyak pihak.


Namun, untuk beraksi di pentas Eropah bukannya mudah. Newcastle perlu bersedia supaya kehadiran kita disedari lawan mahupun kawan, mahupun sesiapa yang tidak mengenali Newcastle


Semoga selepas ini tiada jawapan "Newcastle tak sohor" daripada para peniaga jersi apabila tok bertanyakan jersi Newcastle.


Namun ada beberapa isu yang perlu ditangani sebelum kita melangkah lebih jauh:




  1. Sambung kontrak Demba Ba
    • Demba Ba mempunyai klausa pelepasan kontrak yang dikatakan bernilai sekitar £7 juta.
    • Banyak kelab berminat dengannya dan jumlah itu bukan mustahil untuk dicapai.
    • Walaupun jaringannya berkurang selepas kehadiran Cisse, namun kebolehannya menjaringkan gol telah terbukti. 
  2. Cari pengganti Chiek Tiote
    • Sesuai dengan gaya permainan & wataknya di tengah padang, Tiote selalu digantung perlawanan.
    • Musim ini kita turut kehilangan dia melalui kecederaan.
    • Dia juga turut bermain dalam Piala Negara-negara Afrika.
    • Newcastle perlu mencari pemain yang mempunyai gaya permainan sepertinya agar boleh digunakan ketika Tiote tiada.
  3. Cari pemain pertahanan-tengah
    • Kita mempunyai pasangan Colloccini & Steven Taylor yang beraksi baik pada awal musim.
    • Kemudian Steven Taylor mengalami kecederaan & dia digantikan Mike Williamson yang secara kebetulan baru pulih daripada kecederaan.
    • 3 pemain ini sahaja tidak mencukupi, kita perlukan lebih pemain pertahanan-tengah untuk menjadi sokongan apabila diperlukan.
  4. Putuskan nasib Danny Simpson
    • Simpson bermain hampir kesemua perlawanan untuk Newcastle pada musim ini.
    • Namun dia masih tidak menandatangani kontrak baru bersama Newcastle.
    • Mungkin kelihatan tidak mungkin Simpson menolak kontrak baru itu memandangkan peningkatan Newcastle pada musim ini di samping peluang beraksi di pentas Eropah.
    • Cuma Newcastle perlu berikan tarikh akhir kepadanya untuk menandatangani kontrak atau Newcastle perlu segera mencari pemain baru.
    • Nathaniel Clyne, pemain Crystal Palace merupakan salah seorang pemain yang dikaitkan dengan Newcastle jika Simpson pergi.
  5. Keluarkan pemain2 yang tidak diperlukan
    • Untuk mencari pemain-pemain baru, pemain-pemain lama perlu dikeluarkan agar gaji pemain dalam kemampuan Newcastle.
    • Nile Ranger nampaknya tiada peluang di Newcastle.
    • Dan Gosling masih tiada impak di Newcastle berbanding Cabaye, Tiote & Ben Arfa.
    • Danny Guthrie & Leon Best mungkin akan dibenarkan pergi.
    • Alan Smith masih dalam kontrak namun akan dilepaskan pada musim panas nanti.
    • Peter Lovenkrands nampaknya tiada peluang dan akan meninggalkan kelab.


No comments: