BEKAS ketua pasukan Kedah 2007 dan 2008, Victor Andrag
percaya prestasi Lang Merah musim ini lebih baik berbanding dua atau
tiga tahun lalu dan pasukan lain yang beraksi pada pentas saingan Piala
Malaysia 2014 diingatkan agar tidak memandang rendah dengan keupayaan
bekas pasukannya itu.
...
| Victor (kiri) dan Ketua Jurulatih Piala Presiden Kedah, Mohamad Ramlee kini diberikan mandat untuk melahirkan lebih ramai pelapis buat Kedah untuk tempoh tiga tahun dari sekarang. |
...
Kedah yang akan menghadapi Perak di Stadium lawan malam ini bagi perlawanan pertama peringkat Kumpulan B bagaimanapun tidak akan diberikan laluan mudah di dalam usaha meraih tiga mata penting untuk dibawa pulang ke Alor Setar.
Beliau yang kini sedang mengemudi persiapan pasukan Belia Kedah yang akan menghadapi Kejohanan Belia 2014 di Melaka berkata, Kedah mampu melepasi peringkat kumpulan sekiranya prestasi semasa menjadi sandaran.
Katanya, kehadiran Tan Cheng Hoe yang mengambil alih kerusi panas jurulatih pasukan itu berjaya meningkatkan prestasi dari banyak aspek terutamanya melibatkan penglibatan pemain-pemain muda.
“Saya positif dengan keupayaan pasukan Kedah musim ini untuk mara ke pusingan seterusnya namun sebelum itu ia juga turut melibatkan pengurusan pemain sendiri bagaimana mereka mempersiapkan diri untuk menghadapi dari satu perlawanan ke satu perlawanan.
“Antara kunci kejayaan Kedah muncul juara berganda pada 2007 dan 2008 adalah melibatkan pengurusan diri sendiri, cukup rehat dan mempersiapkan diri sepenuhnya untuk perlawanan iaitu sekurang-kurangnya dua hari lebih awal,” katanya kepada Sinar Harian.
Victor yang juga penolong jurulatih pasukan Presiden Kedah turut menasihatkan setiap pemain terutamanya pemain muda agar tidak berasa rendah diri dengan keupayaan diri sendiri dan menggesa mereka memasang tekad untuk bersaing secara sihat dengan pemain lebih senior.
Tambah legenda bola sepak Kedah itu, Kedah perlu bermain sebagai satu pasukan dan perlu sentiasa mendengar arahan ketua pasukan semasa di atas padang sekiranya mahu momentum dan keserasian mahu dikekalkan sepanjang perlawanan berlangsung.

No comments:
Post a Comment