Saturday, 10 May 2014

NUFC 13/14: Christophe Galtier gantikan Alan Pardew?

L'Equipe melaporkan bahawa Newcastle United telah menghubingi Christophe Galtier.


Bos St Etienne itu telah membimbing pasukannya ke tempat keempat dalam Ligue 1 pada  musim ini dan dianggap sebagai salah satu pengurus meningkat naik di Perancis.

Laporan L'Equipe berkata pegawai Newcastle telah membuat pendekatan itu kerana persembahan buruk pasukan Liga Perdana itu baru-baru ini.



Galtier, 47, bertugas di St Etienne sejak 2009 dan pernah menjadi penolong pengurus kepada Alain Perrin di Portsmouth pada tahun 2005.

Pengurus Newcastle, Alan Pardew berada di bawah tekanan yang semakin meningkat dari penyokong kelab itu sejak kebelakangan ini.

Dia telah diberikan larangan masuk ke stadium untuk 3 perlawanan dan digantung selama empat lagi permainan kerana menanduk pemain tengah Hull, David Meyler pada bulan Mac.


 
Newcastle tewas enam daripada tujuh perlawanan tersebut dan bantahan penyokong terhadap pemilik Mike Ashley dan Pardew terus berkembang.
 


http://www.dailymail.co.uk/sport/football/article-2624234/Newcastle-United-approach-St-Etienne-manager-Christophe-Galtier-according-reports-France.html 

No comments: