Skuad utama yang beraksi baik musim lepas kelihatan ketandusan tenaga seolah-olah mereka telah mencapai had. Pada ketika ini baru kita sedar akan keperluan barisan alternatif kepada barisan utama.
Dan selepas 2 kemenangan berturut-turut, di mana yang terbaru kita menewaskan Chelsea 3-2, Newcastle kelihatan seolah-olah telah menemui jawapan yang dicari.
Keyakinan palsu
Adakah prestasi buruk The Magpies disebabkan oleh terlalu yakin?Selepas persembahan baik musim lepas, kita merasakan barisan pemain yang sama boleh mengulanginya pada musim ini, walaupun ditambah dengan aksi di peringkat Eropah.
Alan Pardew tidak membeli nama-nama besar. Hanya 3 pemain dibawa masuk iaitu Gaƫl Bigirimana (18-tahun), Curtis Good (19-tahun), dan Romain Amalfitano (22-tahun).
Walaupun barisan pemain muda ini mempunyai potensi besar, namun mereka memerlukan masa untuk menyerlah. Kehadiran mereka tidak dijangka akan memberi impak yang besar kepada Newcastle.
Loceng kecemasan
Loceng kecemasan berbunyi apabila kita kehilangan Yohan Cabaye, Tim Krul, Fabricio Coloccini dan Hatem Ben Arfa yang mengalami kecederaan. Kemudian Demba Ba pula meninggalkan pasukan. Para pemain kelihatan tidak bermaya dan tidak berkeyakinan. Satu hal yang menghairankan tatkala pasukan seperti Everton boleh beraksi baik.Semangat api yang dimiliki musim lepas tidak kelihatan.
Alan Shearer juga menyedari hal ini dan legenda Toon itu menyeru para pemain bermain dengan sepenuh hati.
Tiba-tiba sahaja kapten Coloccini mahu pulang ke Argentina, menambahkan kebuntuan dan kehairanan di kalangan penyokong.
Apa yang telah berlaku? Apa masalah kita? Apa masalah mereka?
Dan kini dengan kehadiran 5 pemain dari Perancis, ditambah dengan peningkatan mutu permainan, masalah itu mungkin telah dikenalpasti.
Persaingan.
Barisan pemain baru telah memberi saingan hebat kepada pemain sedia ada. Mereka bukan hadir sebagai sokongan, namun sebagai saingan untuk beraksi dalam pasukan utama. Kini tiada lagi muka yang sama dalam setiap perlawanan. Alan Pardew mempunyai lebih banyak pemain untuk dipilih, dan para pemain lebih teruja untuk dipilih.Kehadiran pemain baru manghadirkan semangat bersaing kepada pemain Newcastle sedia ada.
Cabaye.
Kesan kehadiran Cabaye yang baru pulih dari kecederaan juga tidak boleh dinafikan. Dia mempunyai faktor-X di Newcastle, sepertimana juga Hatem Ben Arfa. Kecederaan kedua-dua pemain ini merupakan masalah besar buat kita.Tunggu dan lihat.
Perjalanan masih jauh dan hanya 2 permainan baru ditempuh dengan skuad baru ini. Kita perlu menunggu untuk memastikan bahawa kesan ini bukan sementara.Namun, dengan 2 gol oleh Moussa Sissoko ketika membenam Chelsea, masa depan tidak kelihatan kelam.
No comments:
Post a Comment