Friday, 1 February 2013

Chelsea perlu tewaskan Perancis sebelum bermimpi tewaskan Newcastle

Chelsea akan berkunjung ke St. James' Park.

Kali ini mereka hadir dengan perasaan gerun di hati. Masakan tidak, kini terdapat Perancis dalam sebahagian skuad Magpies.

Mereka perlu tewaskan Perancis sebelum tewaskan Newcastle!

Sedangkan dengan skuad Malaysia di bawah bimbingan Ong Kim Swee pun mereka hanya mampu menang 1-0, berdepan skuad Perancis sudah tentu lebih sukar.

Newcastle hanya menang sekali dalam 11 perlwanan terakhir? Itu sekadar statistik, dan yang penting Newcastle menang setelah skuad Perancis menyertai kita.

Mereka perlu biasakan diri dengan nama-nama seperti Yohan Cabaye, Hatem Ben Arfa, Gouffran, Sissoko, Mathieu Debuchy, Mapou Yanga-Mbiwa dan Massadio Haidara kerana mereka inilah yang akan menenggelamkan barisan pemain Roman Army.

Selamat datang Rafa Benitez.

No comments: