Thursday, 3 January 2013

NUFC'13: Newcastle 1-2 Everton

Newcastle kalah buat kali ke-9 daripada 11 perlawanan terakhir, dan perlawanan ini mungkin menjadi petunjuk kepada kesukaran yang bakal ditempuhi tanpa Demba Ba.

Demba Ba tidak berada dalam kesebelasan utama kerana berada di Heathrow untuk berbincang dengan Chelsea setelah Tentera Roman menggunakan klausa pembebasan bernilai £7m.

Alan Pardew mengakui Toon kini dalam kedudukan genting dan dia memerlukan pemain-pemainnya yang cedera untuk segera pulih.

Mungkin berita gembira buat Toon Army apabila Mathieu Debuchy menyaksikan perlawanan tersebut sekaligus memberi harapan pemain-pertahanan-kanan Perancis itu akan menyertai Newcastle.

Leighton Baines ternyata mengkucar-kacirkan pertahanan Newcastle dengan kualiti hantaran dan tendangan percumanya.

Kita berharap agar Newcastle kembali bermain baik dengan pertahanan kukuh dan menguasai tengah padang. Tidak mengharapkan hantaran jauh kecuali yang berkualiti dan tidak hanya bergantung kepada penyerang untuk menjaringkan gol.
"Baines ternyata pemain berkualiti. Singkirkan dia daripada kesebelasan Everton, dan mungkin kita akan memenangi perlawanan ini" - Pardew.

No comments: