Monday, 7 January 2013

Demba Ba : perlekehkan Newcastle setelah berhijrah ke Chelsea

Demba Ba dengan selambanya menyatakan dia kini berada di kelab yang berada di liga yang berbeza daripada Newcastle.

Setelah dibeli oleh Chelsea dengan nilai £7.5 juta, dia menyatakan akan segera dapat menyesuaikan dirinya di Chelsea.

Demba Ba kebelakangan ini juga kurang digemari peminat setelah dilihat hanya sebagai pemain-upahan (bermain kerana gaji) yang sombong.
"Chelsea berada di tahap yang berbeza. Ia bukan seperti Newcastle atau West Ham. Kedua-duanya kelab besar dengan sejarah yang kuat namun tidak dapat menandingi Chelsea. Akan lebih mudah beraksi dengan barisan pemain-bertaraf-dunia di sekeliling. Apabila kelab yang menjuarai Liga Juara-juara Eropah mahukan anda, adalah mudah untuk membuat keputusan".
Demba Ba berpindah ke Newcastle melalui perpindahan percuma daripada West Ham dan dibayar gaji berdasarkan aksi kerana mempunyai sejarah kecederaan yang teruk. Ketika itu kelab-kelab lain melihat dia sebagai laibiliti dan tidak sesuai untuk diambil menyertai mereka, manakala Newcastle sedia bertaruh dan nampaknya menerima pulangan yang berbaloi.

No comments: