Tuesday, 6 November 2012

NUFC '12: Sammy terdesak untuk memberikan persembahan terbaik di pentas Euro

Penyerang muda kita, Sammy Ameobi berharap aksi menarik di pentas Euro akan menjadi batu loncatan  bagi dirinya menyertai kesebelasan utama The Toon.

Ameobi berkemungkinan akan disenaraikan dalam skuad utama Europa League menentang Club Brugge di Jan Breydel Stadium pada hari Khamis nanti.



Sudah pasti dia mahu mengulangi aksinya ketika menentang kelab yang sama sebulan lalu di St James Park, di mana gol kemenangan 1-0 jaringan Gabriel Obertan adalah hasil dari larian dan hantaran cemerlang pemain berusia 20-tahun itu.

Newcastle kini hanya memerlukan 1 kemenangan untuk mengesahkan penyertaan dalam kelompok-32 dengan baki 3 perlawanan dalam Kumpulan-D.

Kita mempunyai barisan pemain muda yang agak menyerlah seperti Ameobi, Haris Vuckic dan Shane Ferguson.Malangnya mereka kini dibayangi pemain-pemain bintang yang baru dibawa masuk. Adakah kita bakal kehilangan seorang lagi "Alan Shearer" yang mencipta nama di kelab luar sebelum kembali ke Newcastle?

Abangnya, Shola Ameobi menyatakan Sammy mengatasinya dari segala segi dan boleh mengatasi pencapaiannya di Newcastle jika terus gigih berlatih.

No comments: