Monday, 13 August 2012

NUFC '12: Anita mahu berbincang dengan Pardew

Pemain Ajax, Vurnon Anita mahu berbincang dengan Alan Pardew sebelum membuat keputusan untuk berpindah ke Newcastle dengan yuran sekitar £6.2 juta.


Newcastle setakat ini masih kecewa dengan prestasi mereka dalam pasaran perpindahan pemain pada musim panas ini berikutan kesukaran kelab mengikat pemain pertahanan-kanan Lille dan juga Perancis, Mathieu Debuchy.

Keadaan ini menyebabkan NU berazam untuk mendapatkan Anita, tetapi pemain berusia 23-tahun itu mahu mendengar perancangan Pardew di St James' Park sebelum membuat sebarang keputusan.

"Kini semuanya bergantung kepada keputusan saya. Tetapi saya mahu berbincang dahulu dengan pengurus Newcastle sebelum membuat sebarang keputusan." maklumnya kepada Voetbal International.

"Gambaran yang diberikan haruslah sesuai buat diri saya."

Apabila ditanya jika dia telah membuat penampilan terakhirnya buat Ajax pada Ahad lalu ketika menentang AZ Alkmaar, jawabnya: "Itu mungkin benar."

No comments: