Tuesday, 31 July 2012

NUFC '12: Ikat Curtis Good selama 6-tahun.


Newcastle United telah mengikat Curtis Good dari kelab Melbourne Heart yang beraksi dalam Australian A-League untuk tempoh 6-tahun.



Pemain 19-tahun itu melakukan 25 penampilan bersama Heart pada musim lalu dalam musim pertamanya selepas tamat pengajian di Australian Institute of Sport.

Good merupakan pemain Bawah-19 Australia, menjadi pemain ke-3 dibeli Magpies pada musim panas ini selepas Gael Bigirimana & Romain Amalfitano.

Kedua-dua kelab tidak mendedahkan bayaran yang terlibat dalam perpindahan itu.

Bos kelab Heart, John Aloisi menyatakan perpindahan itu merupakan berita baik untuk masa depan akademi kelab tersebut, membuktikan mereka mampu melahirkan pemain yang boleh diterima di kelab-kelab ternama Eropah.

No comments: