Thursday, 14 June 2012

NUFC '12: Tiote nafi mahu keluar

Pemain tengah Newcastle United, Cheick Tiote menafikan laporan dia akan keluar dari Newcastle pada musim panas nanti.

Pemain kebangsaan Ivory Coast itu menarik perhatian sebahagian kelab besar Eropah, selepas menjadi pemain utama membantu Magpies menduduki tempat ke-5 pada musim lepas.

Walaubagaimanapun, pemain berusia 25-tahun itu menyatakan dia akan kekal di Newcastle setelah berjaya menyuaikan diri di North East.

"Saya amat suka hidup di Newcastle, ia merupakan kehidupan yang ringkas buat saya," katanya kepada The Gazette.

Tiote juga menghargai penduduk Newcastle yang mengalu-alukan kedatangannya.

"Penduduk di sini lebih peramah berbanding agresif, jadi kehidupan saya baik-baik sahaja di sini," tambahnya.

Tiote berpindah dari FC Twente untuk £3.5-juta pada 2010 dan telah menandatangani kontrak baru untuk tempoh 6.5 tahun 12 bulan kemudian yang mengikatnya di Newcastle United sehingga 2017.

Sumber: www.goal.com

transfer pemain 2012

No comments: