Bekas penyerang England dan Newcastle itu hanya beraksi dalam 3 perlawanan bersama Manchester United pada musim 2011-12 dan menjaringkan 3 gol dalam Carling Cup.
Menyertai MU pada musim panas 2009 melalui perpindahan percuma, dia hanya bermain 6 perlawanan untuk MU selama 3 musim berada di sana.
Tempat Owen sebagai penyerang di Manchester sering dibayangi Dimitar Berbatov dan Wayne Rooney. Walaupun Berbatov juga mula kehilangan tempat, kehadiran Javier Hernandez dan Danny Welbeck ke dalam skuad utama ditambah dengan masalah kecergasannya, menyebabkan Owen hanya layak memanaskan bangku simpanan.
"Peminat Newcastle pasti masih ingat akan label Kelab Miskin yang ditujukan Owen kepada Newcastle. Tapi tak mengapa, jangan berdendam dengan dia. Cuma ikuti sahaja perkembangannya di Kelab-kelab Kaya."
Sumber: asia.eurosport.com

No comments:
Post a Comment