Monday, 21 May 2012

NUFC '12: Fulham sedia ikat Danny Simpson


Fulham sedia menguji kesediaan Newcastle mengekalkan Danny Simpson, walaupun pemain pertahanan-belakang itu menyatakan keinginan untuk kekal di St. James' Park.
  • Danny Simpson tidak sebulu dengan pengurusan Newcastle apabila dia menolak tawaran kontrak terbaru.
  • Alan Pardew mahu Simpson terus kekal di Newcastle memandangkan dia watak utama di pertahanan-kanan sepanjang musim ini, namun sedia melepaskannya jika tiada persetujuan dicapai oleh kedua-dua belah pihak.
  • Danny Simpson mempunyai baki kontrak 1 tahun dan pengarah urusan Newcastle, Derek Llambias tidak mahu pemain itu meninggalkan Newcastle secara percuma.
  • Beberapa kelab Premier League mengawasi situasi ini dan Fulham sedia meningkatkan tekanan melalui tawaran rasmi.
  • Martin Jol mahu melakukan perubahan drastik ke atas pasukannya dan mengutamakan pembelian pemain pertahanan-kanan.
  • Bos Fulham itu telah dijanjikan dana perpindahan pemain, di samping dana tambahan jika Mousa Dembele dibeli Manchester United.
  • Newcastle pula tidak mahu melepaskan Simpson dengan harga murah, namun turut bertegas untuk tidak tunduk kepada tuntutan Simpson untuk kontrak yang lebih baik.
  • Dia hanya ditawarkan kontrak  £25,000-seminggu, kenaikan mendadak berbanding kontraknya sekarang, namun masih rendah jika dibandingkan dengan pemain2 utama EPL yang lain.

No comments: