Alex Ferguson memberi amaran kepada Manchester City bahawa
buruan gelaran Liga Perdana Inggeris belum berakhir, sebaliknya
menegaskan Manchester United masih lagi pilihan untuk mendapatkan
gelaran musim ini.
Malah, pengurus Manchester United itu juga percaya pendahulu liga itu
bakal berhadapan laluan sukar menentang Newcastle malam ini.
"Mereka perlu menang di St James' Park dan itu adalah cabaran paling besar mereka perlu lalui."
"Mereka boleh lakukan apa yang mereka mahukan sehingga penghujung
hari nanti (perlawanan terakhir) dan mereka perlu memenangi perlawanan
menentang Newcastle selepas itu baru saya boleh fikir mereka mampu
memenangi liga."
"Apa yang perlu kami lakukan kini adalah memberi perhatian yang penuh pada perlawanan kami.
"Seperti yang kita tahu ketika beraksi di Newcastle tentu sukar untuk
pasukan lawan bermain dengan baik. Malah, mereka juga pernah menewaskan
Chelsea di tempat sendiri.
"Seperti yang kita tahu untuk mendapatkan kemenangan ke atas Chelsea
adalah satu tugas sukar. Kami juga masih belum melakukannya untuk lapan
tahun tetapi mereka (Newcastle) berupaya melaksanakannya dengan baik."
"Newcastle akan memberikan saingan sepenuhnya kerana mereka kini dalam usaha untuk mendapatkan tempat keempat teratas."
"Mereka mempunyai beberapa mata di belakang Arsenal selain berkongsi
mata bersama Tottenham dengan baki tiga perlawanan," kata Ferguson.
City yang berada di tangga teratas liga dengan kelebihan jaringan
perlu menewaskan Magpies hari ini, jika kalah ia akan memberi kelebihan
kepada United yang bakal melayan kunjungan Swansea beberapa jam selepas
itu."
"Kita telah menonton perlawanan City daripada perspektif United dan berharap ia berkesan kepada kami."
"Namun, kami perlu bersedia untuk perlawanan yang bakal dilalui kerana kami tidak mahu lalai pada kali ini," kata Ferguson.
Sementara itu Ferguson turut mengakui seri 4-4 kepada Everton pada
bulan lalu seolah telah merencatkan perjalanan memburu gelaran musim
ini.
No comments:
Post a Comment