Tuesday, 15 May 2012

NUFC 12: Demba Ba rancang tinggalkan Newcastle?

Pemain kelahiran Senegal itu dikatakan kurang gembira di Newcastle dan dikhuatiri akan menggunakan klausa pembebasan bernilai £7-juta yang terkandung dalam kontrak 3-tahunnya bersama Newcastle.


Dia dikatakan kurang gembira setelah kehadiran Papiss Cisse. Tuduhan ini mungkin berasas kerna kehadiran Cisse bukan sahaja menenggelamkan reputasinya, malah dia kehilangan posisi sebagai penyerang utama.


Kebelakangan ini dia lebih banyak digunakan sebagai pemain-sayap-kiri.


Chelsea, Tottenham Hotspur dan Paris Saint-Germain merupakan di antara kelab yang berminat dengannya.


Demba Ba diikat Newcastle melalui perpindahan percuma dari West Ham setelah kelab itu turun ke Championship League. Pembelian itu diundi oleh para pengurus kelab sebagai pembelian terbaik pada bulan Mac lalu.


Sumber: www.goal.com


No comments: