Thursday, 24 May 2012

NUFC '12: Amalfitano tidak sabar beraksi buat Newcastle


Romain Amalfitano diperkenalkan semalam di St James’s Park selepas menyertai Newcastle dari kelab Reims.


  • Dia merupakan pembelian pertama Newcastle untuk musim panas ini, melalui perpindahan percuma.
  • Kontraknya bersama Reims akan tamat pada 30 Jun 2012.
  • Pemain 22-tahun itu mempunyai kemahiran teknikal tinggi dan boleh beraksi sebagai pemain tengah dan juga sayap-kanan.
  • Pemain kelahiran Nice itu tiba di Tyneside pada Selasa lalu, akan menghabiskan cutinya sebelum melaporkan diri untuk latihan pra-musim Julai nanti.
  • "Saya gembira menjadi pemain Newcastle. Bandarnya berbeza dari Perancis namun saya sedia untuknya. Apabila kelab seperti Newcastle mahukan anda, ia adalah berita baik. Saya telah mengambil peluang ini untuk beraksi di English Premier League dan tidak sabar untuk beraksi."
  • Amalfitano takkan mempunyai masalah untuk berkomunikasi dengan pasukannya kerna ramai pemain yang boleh berbahasa Perancis. Namun dia mahu segera belajar berbahasa Inggeris untuk memudahkan hidupnya di Newcastle.
  • Amalfitano tidak pernah beraksi di liga terkemuka, menghabiskan 2-tahun di Ligue 2 bersama Riems.
  • Tempoh kontraknya dikhabarkan untuk 3-tahun, namun laporan ini tidak disahkan oleh Newcastle.

No comments: