Thursday, 3 May 2012

Kedah FA 2012: Khyril terpaksa terima hakikat tersingkir

"Sejujurnya atok menyatakan bahwa Kelantan layak menang. 2 gol pada separuh masa pertama itu bukan kerna Kedah bermain baik, tapi kerna Kelantan beraksi buruk. Kedah pada musim ini bersepai!"
  • “WALAUPUN berjaya mengikat Kelantan 2-2, kami terpaksa menerima hakikat tersingkir daripada Piala FA musim ini. Bagi saya dan rakan, kami memohon maaf,” kata penyerang Hijau Kuning, Khyril Muhymeen Zambri selepas tamat separuh akhir kedua Piala FA di Stadium Darulaman kelmarin.
  • Menurutnya, dia dan rakannya sudah beraksi habis-habisan bagi mencapai kejayaan seperti diharapkan 35,000 peminat yang membanjiri Stadium Darulaman serta ribuan peminat seluruh tanah air, tetapi apakan daya nasib lebih menyebelahi lawan mereka.
  • “Saya begitu teruja selepas menjaringkan dua gol pada separuh masa pertama walaupun gagal manfaatkan satu lagi peluang terbaik untuk menjadikannya hatrik. Tetapi segala-galanya berubah apabila lawan mendapat gol pertama sehingga dapat menyamakan kedudukan.
  • “Sekarang, tumpuan kami hanya kepada pertemuan menentang T-Team dalam saingan Liga Super, Selasa nanti,” katanya. “Kami terpaksa menerima hakikat tersingkir daripada saingan, tetapi pengalaman dan pengetahuan yang diraih perlu diabadikan sebagai peringatan untuk saingan Liga Super dan Piala Malaysia nanti.”
"Benar kata Khyril. Kita perlu ambil pengajaran dan majukan pasukan untuk menghadapi Liga Super dan Piala Malaysia. Terutamanya Piala Malaysia yang kini menjadi peluang terakhir Kedah memenangi piala musim ini."

No comments: