- Jurulatih Kedah, Wan Jamak Wan Hassan berkata beliau melakukan post-mortem di bahagian pertahanan bagi membolehkan barisan pertahanan menyekat barisan serangan lawan daripada menjaringkan gol.
- “Pemain yang diberikan amanah dan tanggungjawab untuk menjaga bahagian pertahanan seringkali melakukan beberapa kesilapan mudah sehingga menyebabkan pasukan terpaksa akur dengan kekalahan.
- “Kita telah nasihatkan kepada semua pemain agar melupakan kekalahan kepada Kelantan tempoh hari dan berharap pemain dapat menumpukan bagi mengutip mata penuh di laman sendiri.
- “Saya harap pemain akan dapat memburu mata penuh menentang kelab dari Terengganu T-Team malam esok, bagi memperbaiki kedudukan dalam Liga Super,” katanya kepada pemberita di sini pada Isnin.
- Dalam saingan Liga Super, Kedah kini menduduki tangga ke-12 dengan mengumpul 16 mata dan akan berhadapan dengan pasukan T-Team di tangga keenam dengan 20 mata malam esok.
Monday, 7 May 2012
Kedah FA 2012: Barisan pertahanan dirombak
Kedah akan melakukan rombakan terhadap barisan pertahanannya bagi memastikan pasukan itu tidak melepaskan gol mudah seperti yang berlaku dalam beberapa perlawanan Liga Super dan Piala FA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment