Tuesday, 13 March 2012

Harimau Malaya 2012: Khyril Muhymeen mahu pikat K Rajagobal



  • Penyerang sensasi Kenari, Khyril Muhymeen Zambri berharap aksinya dalam Liga Malaysia (Liga M) musim ini mampu memikat Datuk K Rajagobal untuk menyenaraikannya dalam skuad kebangsaan.
  •  Setakat ini, Khyril meledak enam gol dalam semua perlawanan Liga M termasuk dua jaringan ketika membantu Kedah menyingkirkan Perlis 3-2 pada pusingan kedua Piala FA di Stadium Darul Aman, Sabtu lalu.
  •  “Saya akui sudah menemui semula sentuhan dan berharap ini mampu membuka mata pengurusan skuad kebangsaan,” katanya tekad membantu Kedah memenangi setiap perlawanan selepas ini.
  •  Dalam pada itu, Khyril memberitahu dia sudah menemui keserasian dengan pemain import Kedah, Abdelfatah Safi dan Hamidan Mohammed.
  •  Katanya, persefahaman yang terjalin antara kedua-dua awang import itu secara tidak langsung berjaya membantu melonjakkan prestasinya.
  •  “Rakan-rakan lain dalam pasukan juga banyak membantu saya. Tanpa bantuan mereka, mungkin saya tidak dapat menjaringkan gol,” katanya.

No comments: