Friday, 3 June 2011

NUFC 11: Owen hina Newcastle


Banyak cakap pula Owen ni, baru menang 1 piala liga dah bising. Bukannya main pun, harap Chicarito je jaringkan gol. Chicarito pun tak berlagak macam dia. 


Lebih rela duduk di bangku simpanan kelab ternama.

  • Michael Owen ke Old Trafford pada 2009 selepas 4 tahun bersama Newcastle United.
  • Dalam tempoh itu, dia hanya beraksi 71 penampilan liga.
  • Baru2 ini dia menimbulkan kemarahan Newcastle apabila menyatakan dia lebih rela duduk di bangku simpanan Old Trafford daripada beraksi di Tyneside.
  • Dia menjawab 1 komen melalui Twitter selepas menandatangani kontrak baru 1 tahun bersama Manchester United, dengan menyatakan “Lebih rela kurang beraksi di pasukan ternama daripada bermain setiap perlawanan di kelab miskin. Pernah berada di sana dan tidak gembira dengannya.”
  • Newcastle dan Toon Army masing2 beranggapan bahawa kenyataan itu ditujukan kepada Newcastle memandangkan sebelum ini Owen hanya bermain di Liverpool dan Real Madrid.
  • Bekas pemilik-bersama Newcastle, Freddy Shepherd yang telah membeli Owen dari Real Madrid untuk £16juta menjawab, “Kami mungkin miskin, tetapi kami menjadikan dia kaya.”
  • Pengarah urusan Newcastle, Derek Llambias kecewa dengan kenyataan Owen. “Di bawah pengurusan Kevin Kegan, dia ditawarkan sambungan kontrak 1 tahun pada gaji £140,000 seminggu yang telah ditolaknya. Ketika itu gajinya ialah £133,000. Kehadirannya di sini memakan kos lebih £40 juta, lebih kurang £1.3 juta per gol.”


No comments: