LANGKAWI – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, gandingan mantap empat pemain import dan pemain tempatan dalam skuad Hijau Kuning menjadi kekuatan dalam persaingan Liga Malaysia.
...
...
...
Empat pemain import itu ialah Keith M Nah dari Liberia, Lawrence Olum dari Kenya dan Chidi Edeh dari Nigeria serta Bang Seung Hwan dari Korea Selatan.
Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berkata, perkara paling penting dalam sesebuah pasukan adalah keserasian antara pemain terutamanya pemain import.
Empat pemain import itu ialah Keith M Nah dari Liberia, Lawrence Olum dari Kenya dan Chidi Edeh dari Nigeria serta Bang Seung Hwan dari Korea Selatan.
Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) berkata, perkara paling penting dalam sesebuah pasukan adalah keserasian antara pemain terutamanya pemain import.
“Nampaknya, pemain import dengan tempatan sudah serasi dan saya menaruh harapan agar pasukan Kedah dapat beraksi sebagai sebuah pasukan yang mantap untuk menghadapi saingan daripada pasukan hebat lain,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas memperkenalkan pasukan bola sepak Kedah dan melancarkan Jersi KFA Musim 2015 di Hotel Asenia, Langkawi semalam.
Kata Mukhriz, prestasi Helang Merah berdasarkan keputusan perlawanan persahabatan sebelum ini iaitu menang tujuh perlawanan, seri tiga perlawanan dan kalah tiga perlawanan agak memberangsangkan.
“Ini merupakan satu petanda baik, bagaimanapun pasukan perlu terus beraksi cemerlang kerana kita berada dalam liga sebenar, situasinya berlainan,” ujarnya.
Ujar beliau, pihaknya akan terus berusaha meletakkan permainan pasukan kepada corak permainan atarabangsa menerusi kerjasama dengan pasukan luar.
“Kami akan meneruskan kerjasama dengan Cardiff City dalam usaha untuk meningkatan mutu permainan pasukan Kedah,” jelasnya.
Tambah Mukhriz, kerajaan negeri menyumbangkan sejumlah RM10 juta bagi pembangunan bola sepak negeri itu.
Antara penaja lain adalah Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK), Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. (SADA), Naza Automotive Manufacturing Sdn. Bhd. (Naza) dan Warrix untuk tajaan jersi.
Firefly Sdn. Bhd pula bersetuju untuk menjadi syarikat penerbangan rasmi KFA dengan mengenakan tambang istimewa. -
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/mukhriz-yakin-gandingan-pemain-kedah-lebih-mantap-musim-ini-1.54467#sthash.XqFpY3Xx.dpuf
No comments:
Post a Comment