Monday, 4 February 2013

NUFC '13: Newcastle United semakin dikenali di Malaysia?

Sabtu lepas berjalan-jalan di Masjid India dengan tujuan cari roman blind untuk tingkap dapur rumah.

Hari Sabtu memang dimaklumi ada pasar malam di Masjid India. Sambil-sambil tu sempat juga intai-intai kalau ada jersi tiruan Newcastle United.

Bukan nak beli pun, cuma nak tengok popular tak Newcastle di Kuala Lumpur ini.

Ada pula tahun ini. Sungguh ajaib. Harga RM25 buatan China. Maksudnya peniru di China telah mengiktiraf kepopularan Newcastle United, hahaha.

Kemudian pergi ke gerai sebelah, ada juga. Tapi harga RM59, katanya gred-A buatan Thailand. Gatal tangan juga nak beli tapi jersi home habis stok untuk saiz-M.

Balik dari Masjid India, singgah di Mydin USJ. Sangkut dalam kesesakan lalu lintas kerana PM Najib turun ke Dataran Merdeka untuk sambutan Pesta Ponggal di sana. Di USJ pun sesak juga sebab Giant USJ di sebelah Mydin USJ baru dibuka. Memang giant, besar sungguh.

Itu bukan point utama. Nak dijadikan cerita di Mydin pun ada juga jersi Newcastle United, harga bawah RM20. Aku ambil jersi tu, susun di depan sekali, maka orang lalu lalang boleh nampak. Hahaha.

Terkenal juga Newcastle di Kuala Lumpur ni.

Sebelum-sebelum ni sering juga tanya di kedai-kedai di Kelantan kenapa tak jual jersi Newcastle? Mereka jawab, "Newcastle tak sohor (popular)". Sedih.

No comments: