Friday, 8 February 2013

Liverpool bercadang tukar Andy Carroll dengan Hatem Ben Arfa

Liverpool dikatakan akan mengambil kesempatan di atas minat Newcastle United mendapatkan semula Andy Carrol.

Brendan Rodgers khabarnya akan menawarkan Andy Carrol kepada Newcastle jika Newcastle menjual Hatem Ben Arfa kepada Liverpool.

Pemain sayap Newcastle berusia 25-tahun itu sebelum ini berhasrat meninggalkan Newcastle, tetapi tidak pasti jika dia berminat ke Anfield.

Ben Arfa lebih berminat ke PSG, namun dia terikat dengan kontrak bersama Newcastle sehingga 2015. Ini bermakna Liverpool perlu menawarkan harga yang tinggi jika mahu mendapatkan pemain itu. Perkara ini dapat dielakkan jika Liverpool dapat memujuk Newcastle membeli Andy Carroll.

Buat masa ini West Ham mempunyai pilihan untuk membeli Andy Carroll melalui klausa dalam kontrak pinjaman pemain itu. Namun jika The Hammer tidak menggunakan klausa tersebut, Rodgers jelas telah tampil dengan rancangan lain.

Andy Carroll kelihatan tiada peluang di Liverpool setelah kehadiran Daniel Sturridge.

Manakala bagi Ben Arfa pula, kedudukan Newcastle sekarang mungkin mendorong dia untuk pergi, namun pembelian 6-pemain baru pada Januari lalu sepatutnya cukup untuk membuktikan kepada pemain itu tentang keseriusan Newcastle untuk berjaya. Apa yang Liverpool perlukan sekarang ialah peluang untuk pemain itu bermain di Champion League pada musim depan.

No comments: