Mereka menyatakan bahawa sesiapa sahaja pemain bola di Perancis akan dibeli Newcastle.
Apa masalah mereka jika Newcastle hanya beli pemain yang beraksi di Perancis? Asalkan mereka bermain baik, tiada masalah mereka berasal dari mana.
Ada kelebihan juga Newcastle mengamalkan polisi ini, seperti:
- Newcastle dapat memiliki pemain kebangsaan yang mewakili negara mereka. Pemain Perancis dilihat jarang direbut kelab-kelab lain berbeza dengan pemain kebangsaan Sepanyol, Jerman dan England. Mungkin polisi ini sesuai juga digunakan untuk pemain dari Belanda kerana kebelakangan ini Belanda tenggelam di arena antarabangsa.
- Pemain Perancis lebih mudah untuk sesuaikan diri memandangkan Newcastle telah mempunyai barisan pemain yang berbahasa Perancis sebelum ini. Situasi ini hampir sama dengan duo Argentina di kelab ini iaitu Jonas Gutierrez dan Colloccini yang dapat menyesuaikan diri kerana kedua-dua mereka beraksi di Newcastle. Maka tiadalah gejala homesick.
Pedulikan mereka, yang penting barisan pemain baru Newcastle ini cemerlang di atas padang.
No comments:
Post a Comment