Wednesday, 2 May 2012

Kedah FA 2012: Kecuaian pertahanan punca tewas.


  • Kecuaian benteng pertahanan Kedah merupakan punca utama Kedah sekadar seri 2-2 di Stadium Darul Aman malam tadi, sekaligus melayakkan Kelantan mara ke perlawanan akhir Piala FA dengan agregat 3-3, kata jurulatih Kedah Wan Jamak Wan Hassan.
  • Kelantan layak ke perlawanan akhir Piala FA bertemu dengan Sime Darby dengan kelebihan jaringan di tempat lawan.
  • “Kami dihukum dengan kesilapan pertahanan pasukan. Saya telah ingatkan pemain 2 gol awal tersebut tidak menjamin bahawa dapat melangkah ke peringkat seterusnya.
  • “Ini kerana Kelantan amat berbahaya kepada kita sekiranya mereka (pertahanan) beri ruang kepada lawan membolosi gawang Kedah,” kata kepada pemberita selepas perlawanan Selasa malam.
  • Wan Jamak berkata kesilapan pertama berlaku pada minit ke-46, apabila pertahanan Kedah gagal menyekat serangan Kelantan yang mendapat sepakan sudut dan memberi ruang kepada pemain import Kelantan, Obinna Nwaneri menjaringkan gol pertama mereka.
"Ingatkan sahaja tak guna. Wan Jamak sepatutnya memasukkan pemain yang boleh mengubah gaya permainan. Jika ketika itu Kedah nampak goyah, masukkan pemain yang boleh kukuhkan pasukan. Kita perlukan pemain seperti Fauzi Shaari."

No comments: