Monday, 8 August 2011

NUFC 2011: Erik Pieters sesuai untuk menggantikan Jose Enrique


Newcastle United dikatakan bersedia untuk menggantikan pemain yang dikaitkan dengan Liverpool FC, Jose Enrique dengan pemain pertahanan Dutch, Erik Pieters.

Pemain PSV Eindhoven yang berusia 22-tahun itu pulih daripada kecederaan lutut yang dialami pada awal pra-musim, untuk bermain dalam perlawanan menentang AZ Alkmaar yang menyaksikan PSV Eindhoven ditewaskan 3-1.

Pemain muda itu mempunyai 10 penampilan antarabangsa, dan kaya pengalaman di Liga Juara-juara.
Newcastle dikatakan akan bertindak pantas untuk mengikat Pieters sebelum perlawanan pembuka tirai Liga Perdana Inggeris menentang Arsenal, minggu ini.

Pieters sebelum ini mendakwa beberapa kelab Liga Perdana Inggeris menunjukkan minat untuk mengikatnya, dan Liverpool adalah salah satu daripada kelab itu.

PSV baru sahaja memperbaharui kontrak Pieters sehingga 2014, membuatkan kelab itu berkedudukan kuat dalam penentuan yuran perpindahan.

No comments: