NEWCASTLE United sedang memerhatikan perkembangan pemain pertahanan tengah berusia 20 tahun Brighton & Hove Albion, Lewis Dunk.
Walaubagaimanapun, NU mungkin akan menunggu sehingga penghujung musim sebelum menunjukkan minat kepada pertahanan Seagulls itu.
Dunk dikatakan telah menarik minat pengurusan Newcastle United dan dia akan berada dalam tahun terakhir kontraknya pada musim panas nanti. NU juga sedia maklum bahawa Arsenal, Tottenham Hotspur, Aston Villa, & Liverpool juga telah menghantar pencari bakat mereka untuk menilai Dunk.
Dunk – mempunyai ketinggian 6kaki 4inci – telah membuat 27 penampilan dalam Football League untuk pasukan kendalian Gus Poyet. Dia amat sesuai untuk polisi baru NU yang membawa masuk pemain muda berbakat dan menawarkan mereka peluang untuk beraksi di EPL.

No comments:
Post a Comment