Friday, 4 November 2011
NUFC 2011: Obertan cedera
Gabriel Obertan terpaksa diketepikan untuk beberapa minggu.
Alan Pardew memaklumkan bahawa pemain-sayap itu akan diketepikan dalam perlawanan menentang Everton, Sabtu ini. Obertan juga berkemungkinan akan terlepas 2 perlawanan seterusnya.
Obertan mempamerkan aksi terbaiknya ketika NUFC membenam Stoke City 3-1 pada Isnin lalu.
Atok setuju dengan pendapat ini, memang Obertan beraksi baik pada hari itu. Sebelum itu dia agak mengecewakan kerna banyak kehilangan bola kerna hantarannya yang lemah.
Cheik Tiote pula mengalami kecederaan lutut dan terlepas aksi menentang Stoke. Dia telah digantikan dengan Guthrie, dan hasilnya bahagian tengah NU kelihatan tenggelam.
Shola Ameobi pula masih diketepikan kerana kecederaan hamstring.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment