Magpies dilaporkan menolak tawaran Hammer untuk penjaring terbanyak kelab musim lalu tatkala Sam Allardyce merancang membina pasukan yang berupaya untuk segera kembali ke Premier League.
- Kevin Nolan meletakkan masa depannya di NUFC dalam keraguan setelah dia menolak tawaran kontrak terbaru daripada NUFC.
- Pengurus baru West Ham, Sam Allardyce sebelum ini bekerja bersama Nolan semasa mengurus Bolton Wanderers dan dilaporkan telah membuat tawaran bernilai £3 juta untuk pemain itu.
- Newcastle tidak berminat dengan tawaran tersebut dan menyifatkannya sebagai mengarut.
- Newcastle membeli Nolan pada harga £4juta daripada Bolton pada 2009 dan dia telah meningkatkan reputasinya dengan beraksi cemerlang pada musim lalu.
- Walau bagaimanapun, Nolan telah menolak tawaran kontrak baru di St. James’ Park memandangkan Newcastle membuat tawaran lebih rendah dalam percubaan mereka mengurangkan jumlah gaji para pemain.
- Pemain berusia 28 tahun itu tidak gembira dengan terma yang ditawarkan memandangkan dia telah menamatkan musim lalu sebagai penjaring terbanyak kelab dengan 12 gol.
- Walaupun dengan kontrak kurang 2 tahun, dipercayai bahwa pembeli berpotensi takkan dapat membelinya dengan harga murah.
- Nolan menyatakan bahwa dia mahu terus kekal di kelab, walaupun menolak tawaran kontrak daripada pengurusan Newcastle.
No comments:
Post a Comment