Thursday, 16 June 2011

NUFC '11: Barton meradang Nolan ke West Ham


Barton berpasangan dengan baik bersama Nolan di Newcastle, dan dia menunjukkan kemarahannya apabila menerima berita Nolan menjalani ujian perubatan di Upton Park.
  • Barton men-tweet bahwa Nolan takkan menjadi orang terakhir keluar dari St James’ Park.
  • Bekas pemain Manchester City itu turut menyatakan bahwa Nolan merupakan pemain, ketua, kapten, pelatih dan juga kawan yang hebat untuk bersama. Amat teruk baginya untuk melihat Nolan dijual.
  • Dia sendiri menjadi subjek spekulasi musim ini, apabila ejennya mendedahkan pelanggannya itu tidak ditawarkan perjanjian baru di Newcastle. Barton mendakwa dia mahu kekal di NU, tetapi beberapa tawaran, termasuk 1 daripada Everton dijangkakan.
  • Jika NU kehilangan Nolan dan Barton, bahagian tengah NU akan turut terjejas.
  • Newcastle pada minggu lepas telah menolak tawaran daripada West Ham untuk pemain berusia 28 tahun itu. Namun nampaknya usaha West Ham itu menampakkan kemajuan.
  • Dengan pemain terbaik mereka tahun ini, Scott Parker hampir pasti meninggalkan kelab itu The Hammers akan menaruh harapan kepada Nolan untuk membantu mereka naik kembali ke English Premier League.

No comments: