Wednesday, 2 June 2010

Kedah FA 2010: Kedah 0-0 Pulau Pinang


Kedah seri dengan Pulau Pinang. Bertambah kecewa di hati ini.
Baik di gelanggang sendiri mahu pun lawan, Selangor terus hebat memburu kejuaraan Liga Super apabila memungut tiga mata selepas menewaskan Johor 1-2 di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, semalam.
Pasukan bimbingan K. Devan memperoleh gol pertama melalui ketua pasukan, Amri Yahyah pada minit ke-29, sebelum pemain tengah, Safiq Rahim menambah gol kedua pada minit ke-59.
Gol sagu hati Johor disumbangkan L. Ragesh melalui sepakan penalti pada minit ke-71.
Pencabar terdekat, Kelantan turut mencatat kemenangan 2-0 ke atas Perak di Stadium Sultan Mohammad Ke-IV selepas pemain penyerang Mohd. Norfarhan Mohamad memecah kebuntuan pada minit ke-47, diikuti jaringan Hairuddin Omar pada minit ke-90.
Selangor terus selesa dengan kelebihan lapan mata mengatasi Kelantan apabila mengumpul 53 mata.
Di Stadium Darulmakmur, Pahang mencatat kemenangan 1-0 ke atas Kuala Lumpur hasil jaringan tunggal Azamuddin Mohd. Akil pada minit ke-62.
Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Terengganu dan Negeri Sembilan berkongsi mata selepas terikat 1-1.
Skuad Rusa di depan seawal minit ketiga melalui Abdul Halim Zainal, sebelum Ronny Harun menyamakan kedudukan pada minit ke-52.
Perlis pula gagal menggunakan kesempatan beraksi di gelanggang sendiri apabila tewas 0-1 kepada T-Team di Stadium Utama.
Penyerang pasukan pelawat, Abdul Hadi Yahya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-72.
Di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, KL Plus terikat 1-1 dengan Johor FC, manakala Kedah dan Pulau Pinang, yang bertemu di Stadium Darul Aman juga mencatat keputusan seri tanpa sebarang jaringan.

No comments: